Nama penuh beliau adalah Muhammad bin Abdullah.Beliau seorang yang berdahi luas dan hidung mancung.
Makna ajla al-Jabhah,iaitu rambut tidak tumbuh pada bahagian depan kepala.Maksud aqna al-Anf menurut pengarang kitab al-Nihayah iaitu hidung mancung,lembut dan bahagian tengahnya sedikit terangkat.
Beliau datang pada akhir zaman ketika kiamat hampir menjelang.Beliau munculselepas kedatangan Nabi Isa bin Maryam a.s.Antara hadis yang menceritakan tentang al-Mahdi:
Menurut Abu Sa'id al-Khudri r.a,Rasulullah s.a.w bersabda:
Maksudnya:''Al-Mahdi adalah keturunanku,dia berdahi luas dan berhidung mancung.Dia akan memenuhi keadilan di muka bumi yang sebelumnya telah dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan.Dia akan memimpin selama tujuh tahun.''-riwayat Abu Daud,no.4265.


No comments:
Post a Comment