ALLAH menamakan hari kiamat sebagai hari perhimpunan kerana DIA menghimpunkan seluruh makhluk. Termasuklah manusia dan jin.
Firman Allah s.w.t
Maksudnya : ''Katakanlah (kepada mereka): Sesungguhnya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian tetap akan dihimpunkan kepada masa yang ditentukan (pada hari kiamat) yang dimaklumi.''-Surah al-waqi'ah:49-50.
Ini menunjukkan perkara yang akan terjadi pada masa hadapan . Hadis-hadis yang menceritakan masalah ini amatlah masyhur . Allah menghalau semua haiwan untuk mengqisas kezaliman yang pernah dilakukan antara sesama mereka . Setelah itu, Allah berfirman kepada haiwan -haiwan tersebut akan menjadi pasir.Oleh itu,berubahlah semuanya menjadi pasir.Pada ketika itu orang kafir berkata :
Maksudnya: ''Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya tidak dibangkitkan untuk dihitung amal dan menerima balasan).''-Surah al-nabak :40.
''Ini menunjukkan bahawa haiwan akan dihidupkan semula pada hari kiamat dan ia akan dihiduokan semula pada hari itu sebagaimana umat manusia.Begitu juga kanak-kanak , orang gila dan orang yang tidak sempat menerima dakwah islam.Umat manusia dihimpun pada hari kiamat dalam keadaan tidak memakai alas kaki , telanjang dan tidak berkhatan.
Wednesday, September 14, 2011
Posts by : Admin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment