sumber:http://www.youtube.com/watch?v=M9jTRtFKy_M&feature=related
Friday, September 23, 2011
Posts by : Admin
TANDA-TANDA KIAMAT BESAR-Tembok Yakjuj Makjuj
Yakjuj dan Makjuj merupakan umat yang terdiri daripada bilangan yang ramai dan termasuk keturunan Nabi Adam a.s . Seseorang yang menghayati dengan baik kisah Zulkarnain dalam surah al-Kahfi pasti meyakini bahawa kedua-duanya benar wujud dan tembok yang telah dibina bukanlah bersifat maknawi atau ilustrasi sahaja . Tetapi ia benar-benar wujud dan dibina daripada besi dan tembaga cair.
sumber:http://www.youtube.com/watch?v=M9jTRtFKy_M&feature=related
sumber:http://www.youtube.com/watch?v=M9jTRtFKy_M&feature=related
Sunday, September 18, 2011
Posts by : Admin
TANDA-TANDA KIAMAT BESAR -Al-Mahdi
MAKLUMAT RINGKAS TENTANG AL-MAHDI
Nama penuh beliau adalah Muhammad bin Abdullah.Beliau seorang yang berdahi luas dan hidung mancung.
Makna ajla al-Jabhah,iaitu rambut tidak tumbuh pada bahagian depan kepala.Maksud aqna al-Anf menurut pengarang kitab al-Nihayah iaitu hidung mancung,lembut dan bahagian tengahnya sedikit terangkat.
Beliau datang pada akhir zaman ketika kiamat hampir menjelang.Beliau munculselepas kedatangan Nabi Isa bin Maryam a.s.Antara hadis yang menceritakan tentang al-Mahdi:
Menurut Abu Sa'id al-Khudri r.a,Rasulullah s.a.w bersabda:
Maksudnya:''Al-Mahdi adalah keturunanku,dia berdahi luas dan berhidung mancung.Dia akan memenuhi keadilan di muka bumi yang sebelumnya telah dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan.Dia akan memimpin selama tujuh tahun.''-riwayat Abu Daud,no.4265.

Thursday, September 15, 2011
Posts by : Admin
TANDA-TANDA KIAMAT BESAR -Fitnah Dajjal
Fitnah Dajjal merupakan fitnah paling dahsyat yang pernah berlaku sejak Allah menciptakan Nabi Adam a.s sehingga hari kiamat.Ia disebabkan peristiwa luar biasa yang dimilikinya sehingga dapat menghilangkan akal yang sihat dan fikiran yang waras.
Sebagaimana yang diriwayatkan,Dajjal membawa syurga dan neraka.Tetapi syurganya adalah neraka kita dan nerakanya ialah syurga kita.Dia membawa sungai yang dipenuhi dengan air dan gunung roti.Dia boleh memerintahkan hujan dan arahan itu akan dipatuhi oleh langit.Jika dia memerintahkan bumi agar menumbuhkan tumbuhan,maka ia akan tumbuh.
Menurut Huzaifah r.a,Rasulullah s.a.w bersabda :
Maksudnya:''Dajjal itu buta pada sebelah kiri,berambut tebal serta mempunyai syurga dan neraka.Tetapi syurganya adalah neraka dan nerakanya adalah syurga.''-riwayat Muslim,no.5222.

TANDA-TANDA KIAMAT BESAR -Amaran Para Nabi Tentang Dajjal
Fitnah paling dahsyat di muka bumi sejak Allah mencipta Nabi Adam a.s sehingga terjadinya kiamat adalah fitnah Dajjal.Hal itu telah ditegaskan oleh Nabi s.a.w . Oleh itu, setiap nabi sejak Nabi Nuh a.s sehinnggalah Nabi Muhammad s.a.w pasti mengingatkan kaum masing-masing tentang fitnah yang maha dahsyat itu.
Allah Maha Mengetahui bahawa Dajjal akan muncul di akhir zaman , tetapi DIA tetap memerintahkan setiap Rasul supaya mengingatkan kaumnya tentang fitnah ini demi menjelaskan betapa dahsyatnya fitnah yang akan berlaku.
Sebaik-baik khalifah adalah Tuhan kita Allah Jalla Wa'ala.Justeru itu,amat patutlah ia disebut secara khusus dalam kategori fitnah kehidupan dan seseorang disunatkan supaya memohon perlindungan daripada fitnahnya semasa mengerjakan solat:
Maksudnya:''Aku berlindung kepada Allah daripada seksa Jahanam , seksa kubur , fitnah kehidupan dan kematian serta fitnah Dajjal.''
Dajjal akan datang dari arah Timur,tempat munculnya pelbagai fitnah dan kejahatan.Hal ini sebagaimana sabda Nabi s.a.w :
Maksudnya:''Fitnah itu dari arah sana.''.
Baginda memberi isyarat (dengan jarinya) ke arah timur.-riwayat al-Bukhari,no.3279 dan Muslim,no.5167.

Wednesday, September 14, 2011
Posts by : Admin
TANDA-TANDA KIAMAT KECIL-Al-Quran Yang Hilang
Terdapat beberapa hadis yang menegaskan bahawa al-Quran akan diangkat di akhir zaman.Menurut Abdullah bin Mas'ud r.a :
Maksudnya:''Pada suatu malam nanti,al-Quran akan diangkat . Maka tiada satu ayat pun di dalam mushaf dan dalam hati(dihafal) seseorang melainkan ia dipadamkan''.-riwayat al-damiri dengan sanad sahih,no.3209.
Menurut Abdullah bin Mas'ud r.a :
Maksudnya: ''Perbanyaklah membaca al-Quran sebelum ia diangkat.Mereka bertanya: Mushaf-mushaf ini bakal diangkat?Lalu bagaimana dengan orang yang hafal al-Quran? Ibn Mas'ud berkata : Ia akan diangkat pada waktu malam.Tatkala pagi tiba,mereka kehilangan hafalannya,mereka lupa lafaz la ilaaha illallah dan mereka hanya dapat memperkatakan ucapan jahiliah dan syair-syair mereka.Peristiwa ini terjadi ketika tiba masa hukuman ke atas umat manusia.'' riwayat al-darimi dengan sanad hasan li ghairihi,no.3207.
Posts by : Admin
TANDA-TANDA KIAMAT KECIL-Masa berlalu dengan pantas
Hadis Abu Hurairah r.a yang berkata bahawa Rasulullah bersabda :
Maksudnya : ''Hari kiamat tidak akan terjadi sehinggalah ilmu dihilangkan,banyak berlaku gempa bumi,masa terasa amat singkat,muncul pelbagai fitnah,pembunuhan terjadi di merata tempat,sehinggalah harta melimpah ruah di kalangan kamu .''-riwayat al-bukhari,1036.
Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
Maksudnya: ''Hari kiamat tidak akan terjadi sehinggalah berlaku peredaran yang terlalu singkat,sehinggalah setahun bagaikan sebulan,sebulan bagaikan seminggu,seminggu bagaikan sehari,sehari bagaikan sejam dan sejam bagaikan sekelip mata.-riwayat ahmad,no.10560.
Posts by : Admin
KIAMAT -Tiupan Sangkakala
Sangkakala dalam bahasa Arab disebut dengan al-Sur . Rasulullah s.a.w pernah ditanya mengenai sangkakala dan baginda mentafsirkannya melalui bahasa yang difahami oleh yang hidup pada ketika itu.Ini berdasarkan hadis Abdullah bin Amru r.a yang menceritakan :
Maksudnya:''Seorang Arab Badwi bertanya : Apakah yang dimaksudkan dengan al-Sur wahai Rasulullah?Baginda menjawab : Dia adalah sangkakala boleh ditiup.'' Riwayat al-Tirmizi,no.3244.
Sangkakala ditiup oleh malaikat Israfil a.s . Sebahagian ulama telah menyatakan ijmak dalam masalah ini dan ia disebut dengan jelas pada sebahagian hadis.
Sebilangan ulama berpendapat sangkakala ditiup sebanyak 2 kali.Pertama,tiupan yang mengakibatkan seluruh makhluk mati.Kedua,tiupan dimana seluruh umat manusia dibangkitkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)